Sunday, 13 December 2009

~tWentY-ninE~

PROLOG

“Mia? Best tak Miss Jasmin bercerita? Dia cerita apa tadi? “ Danny terus menerpa Mia.

“ Tu laa, sapa suruh bangun lewat?? “ Mia mencebik.

“Alaa..ngantuk!! hehe…” Danny tersengih. Sebijik macam kerang busuk.

“Miss Jasmin cerita pasal Cinderella..mesti laa best!!” Mia senyum.

“Ohh..dah tahu dah cerita tu..” Danny mengangkat kening tanda bangga.

“Prince tu cari Cinderella guna kasut kaca tu kan? “ Danny menyambung lagi.

Mia mengangguk.

“Kalau nanti kita dah tinggalkan rumah kenangan, macam mana nak cari Mia? Mia tak ada kasut kaca..” Danny menggaru-garu kepala.

Mia terdiam. Berfikir. Danny ternampak sebatang pensel di tangan Mia. Pantas tangannya mencapai pensel tersebut.

“Haa!! Ini dia..pensel!!”

“Pensel??”

“Yelaa..kita tulis nama Mia dan Danny atas pensel nie..” Danny tersenyum lebar.

Mia menggangguk tanda setuju. Danny pantas mengambil batu dan mengukir nama mereka.

“Dah siap!! “ Danny menunjukkan ukiran tersebut.

“ Buruk..” komen Mia. Danny menjeling tidak puas hati. Mia kemudian tersengih.

“Siapa nak simpan pensel nie? Hhmm..biar Danny yang simpan..okay? sebab Prince yang kena cari Princess..kan?? “ Danny terus meletakkan pensel ke dalam poket bajunya.

“Jangan hilangkan ye?” Mia memberi amaran.

Mereka akhirnya sama-sama tersenyum dengan harapan agar mereka tetap akan kembali bersama walaupun jauh berpisah. Selamanya.

******

‘5 Usaha’

Aku menghela nafas lega apabila melihat plag ‘5 usaha’. Akhirnya setelah puas aku tawaf keliling sekolah. Aku terpaksa pindah sekolah kerana papa dipindah ke sini. Mahu tidak mahu aku kena berpindah walaupun kawasan ini sebenarnya agak jauh dari sekolah asalku. Pada mulanya papa hendak menghantarku sehingga ke kelas. Tapi aku menolak.

"Papa..Mia dah besar. Mia nak berdikari..okay?"

"okay..tapi kalau Mia perlukan apa-apa. Papa akan sentiasa ada untuk Mia.."

Walaupun papa bukan ayah kandungku, tapi dia tidak pernah menolak segala keinginanku. Sikap papa yang sangat berlemah lembut dan memahami membuatkan aku akur dengan keputusannya.

"Papa?? papa nk pindah ke Sarawak?? Mia macam mana..?"

"Mia..maafkan papa.. cawangan syarikat papa di sana ada sedikit masalah..lagipun Mia dah form 5..kita takkan stay lama-lama kat sana..hanya beberapa tahun..." papa cuba memujuk.

Papa arif benar dengan perangai Mia. Mia tidak biasa di tempat baru. Dulu pernah sekali, papa terpaksa outstation ke Dublin. Mia turut ikut bersama. Baru beberapa hari, Mia jatuh sakit. Suhu badannya mencecah 40'C. Papa terus membatalkan urusannya dan segera balik ke Malaysia. Sesampainya di rumah, Mia kembali sihat seperti sediakala. Tapi kali ini, papa terpaksa. Hendak ditinggalkan, bimbang kalau-kalau Mia tidak biasa hidup sendiri. Hendak dibawa bersama, takut-takut pulak kalau Mia jatuh sakit. Maklumlah, mama Mia sudah lama meninggal dunia, sejak Mia berusia 8 tahun lagi. Papa sudah seperti ditelan
mati mak, diluah mati bapa. Tapi papa nekad, Mia harus ikut bersama.

Sebelum melangkah masuk ke kelas, aku mengetuk pintu meminta keizinan untuk masuk. Protokol. Semua isi kelas menoleh. Aku kaku. Aku terdiam. Semua melihatku dengan pandangan pelik. Aku menatap diriku sendiri. Hairan.


“Kenapa semua macam pelik je tengok aku? Aku ada buat salah ke? Kain aku tersangkut kat mana-mana ke? Baju aku kotor ke? Pe nie..?? RIMAS!!! “ kakiku masih kaku tak berganjak.

Aku mengambil keputusan untuk melangkah masuk. Ahh!! Aku peduli apa??

Sebaik sahaja aku mengorak langkah, satu tangan menghadang perjalananku. Niatku terhenti. Aku menoleh pantas. Aku melihat satu susuk badan sedang menjelingku tajam. Pandangannya membuatkan aku kecut perut. Mataku terbeliak melihat rupanya. Bersepah!! Bajunya tak digosok. Kotor pulak tu. Ada koyakan kecil di bahagian lutut seluar. Seluarnya pula seperti hampir hendak terlondeh. Ingin sahaja aku menawarkan tali pinggangku kepadanya.Tie pula hanya diletakkan di atas bahu. Nak sidai ke tie tu?? Kasut?? Hanya bergantungan di leher!! OMG…

“Aku sedang menatap salah satu ciptaan exotic agaknya..zoo??” aku bermonolog sendiri.

Tiba-tiba sahaja suaranya mengejutkan aku.

“Hey!! Let me in first…” Kakinya terus melangkah masuk. Dia pantas mengambil tempat duduk di hujung penjuru belakang kelas.

Aku tidak banyak bicara. Aku terus sahaja melangkah masuk ke kelas.Masam.Huh!! Hari pertama aku menerima ucapan ‘selamat datang’ yang paling…SPECIAL!! Aku meninjau segenap kelas. Cuba untuk mencari tempat duduk yang masih kosong. Haa..ada hanya satu tempat duduk. Nun di sana. Aku tersenyum kecil. Sekurang-kurangnya, aku ada tempat duduk kan??

Senyumku tidak lama. Terbantut apabila aku melihat jiran tempat duduk ku..HIM??? AGAIN!!! OMG..what’s going to happen to me the whole year?? Mataku terus meliar cuba mencari tempat duduk lain. Aku mengeluh berat. TIADA!!! Aku tak ada pilihan lain. Aku bergerak menuju ke tempatku dengan puluhan keluhan. Aku terus duduk seperti dia tidak wujud di sebelahku. Kerusi juga ku jarakkan sedikit. Tidak sudi rasanya duduk bersebelahan. Dia juga tiada banyak bicara. Hanya membatu sehingga tamat waktu sekolah.

*****

“ Mia kan?? Betul kan? Hai..saya Tasya..“ Tasya menghulurkan tangan dan menyapa mesra.

Sudah masuk bulan kedua aku di sini. Inilah kali pertama aku disapa. Aku gembira. Aku tersenyum. Aku menyambut tangan Tasya. Mesra. Tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu diletakkan di dalam tanganku. Aku menarik pantas tanganku. Busuk!!! Tahi ayam!! Eeiiiwww…. Aku terasa hendak muntah. Geli.

Aku terus berlari ke toilet. Malu. Seperti satu dunia sedang mentertawakan aku. Hanya beberapa langkah, aku terhenti. Tanganku yang tadinya diletakkan tahi ayam dipegang seseorang. Its Danny!! Danny menarik tanganku. Aku hampir-hampir terjatuh. Danny semakin menghampiri Tasya. Tanpa ragu, Danny terus sahaja melumurkan tahi di tanganku ke muka Tasya. Danny kemudian terus berlalu pergi seolah-olah tiada apa pun yang terjadi. Aku masih terpinga-pinga. Seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Danny terus menarik aku keluar dari kelas.

Aku terkedu. Aku seperti dipukau terus sahaja mengikut langkah Danny. Jeritan Tasya masih lagi kedengaran. Tasya memang bengang. Sumpah seranah semuanya kedengaran. Mungkin seluruh sekolah dapat mendengar jeritan Tasya. Satu sekolah mula mengerumuni kelasku seperti ada temasya yang sedang berlansung dengan meriah. Tasya mungkin sudah lama sedar Danny selalu membelaku.

Siapa yang tidak kenal Tasya?? Tasya adalah gadis impian setiap lelaki. Semuanya berebut-rebut hendak berkenalan dengan Tasya. Papa Tasya berdarah kacukan Turkish dan Scottish. Mamanya pula berbangsa melayu. Wajah ala-ala Pan Asian menyebabkan Tasya selalu ditawarkan menjadi model iklan dan fesyen show di sekitar Kuala Lumpur. Kadang-kadang aku hairan, kenapa Tasya bersekolah di Sarawak sedangkan dia selalu berulang-alik ke KL. Rupanya, dalam diam, dia menaruh minat terhadap Danny. Danny dan Tasya satu sekolah sejak di tadika lagi. Danny kemudian berpindah ke Sarawak semasa di tingkatan 3. Tasya tidak ketinggalan. Tasya terus berpindah ke sekolah yang sama dengan Danny.

Aku akui Danny memang mempunyai rupa paras yang mampu mencairkan hati setiap gadis. Setiap pagi, semua pelajar perempuan akan menunggu kedatangan Danny di pintu utama sekolah. Begitu juga semasa habis kelas. Semuanya akan berdandan secantik mungkin dengan harapan Danny bakal jatuh hati.

*****

“ Sorry!! Mesti tangan kau sakit kan? “Danny mula bersuara setelah hampir satu jam membisu.

Aku tersedar dari lamunan. Deru angin pantai menghanyutkan aku entah ke mana. Aku hanya mengangguk perlahan. Kulihat pergelangan tanganku lebam kebiruan. Baru kini aku terasa sakit. Entah mengapa tadi rasa sakitnya tidak kurasai.

“Kenapa kau tak melawan je tadi? Kenapa lari keluar?? “ Suaranya sedikit keras.

Aku tertunduk bisu. Danny bengang pertanyaannya tidak dijawab. Danny menarik lenganku. Kasar. Kini wajahnya benar-benar di hadapanku. Matanya memandang tepat anak mataku. Aku tersentak. Mataku kupejam seerat mungkin. Tidak sanggup rasanya aku menatap anak matanya. Walaupun pada mulanya aku rasakan duduk di sebelah Danny adalah benda yang paling malang pernah terjadi kat aku. Tapi sekarang, aku rasa sangat berterima kasih sebab Danny selalu membela aku setiap kali dibuli di sekolah.

Pernah sekali, ketika sedang makan di kafe, Kamal, budak kelas 5 Cempaka, sengaja melanggarku. Air milo panas yang dibawanya menyimbah tanganku. Aku menjerit kesakitan. Ouch!! Tanpa kata maaf, Kamal terus gelak besar. Kawan-kawannya turut serta. Aku tahu Kamal dan kawan-kawannya memang hendak mengenakan aku. Aku tanpa banyak bicara terus beredar pergi. Air mataku kutahan agar tidak berlinangan. Sabar!! Sabar!!

Esoknya, awal-awal pagi lagi Kamal mencari aku di kelas. Dalam firasatku, mungkin ada lagi rancangannya hendak mengenakan aku. Danny?? Kenapa Kamal datang dengan Danny?. Aku terus mengalihkan pandangan. Takut. Trauma semalam masih berbekas. Kamal terus menuju ke arah mejaku. Aku hanya tunduk. Tiba-tiba…

“I’m sorry!! I promise, takkan ada orang lain buli you lagi lepas nie..PROMISE!! “ Kamal seperti sedang melafazkan bait-bait ikrar sekolah. Tegas.

Aku kehairanan. Aku menoleh kiri kanan. Aku ke? Kamal minta maaf kat aku ke? Wajah Kamal kutatap mengharapkan penjelasan. Kamal tersenyum.

“Mia? I nak minta maaf. Pasal semalam..”

“Owhh..I..I..ma..af..afkan..” aku sedikit gagap.

Mana tidaknya baru sahaja semalam aku kena teruk, tiba-tiba hari ini, dia datang minta maaf. Aku tahu, ini semua angkara Danny. Kulihat Danny berdiri di tepi pintu memerhatikan suasana. Terima kasih Danny.. aku tidak tahu bagaimana hendak mengucapkan terima kasih pada Danny. Senyum?? Tapi, aku tak pernah tengok dia senyum? Ahh..peduli lah..

Aku terus melemparkan senyuman tanda terima kasih. Danny senyum kecil. Itulah kali pertama aku melihat Danny tersenyum. Aku terkedu. Ternganga. Bermimpikah aku?? Aku mencubit lenganku. Ouchh!! Sakit!! Tingkah lakuku diperhatikan. Danny gelak kecil dan terus masuk ke dalam kelas.

Tapi kini, Danny tepat-tepat di hadapanku. Cengkaman yang tadi erat di lenganku mula mengendur. Aku pelik. Perlahan-lahan aku membuka mata. KOSONG!! Kulihat hanya pantai kosong. Langsung tiada kelibat Danny. Susuk keretanya juga sudah tiada. Ghaib. Aku meliar mencari Danny. Danny menghilang tanpa sepatah kata. Sunyi. Hanya terdengar bunyi ombak menghempas pantai. Hampa.

*****
“Dr Mia? Ada tetamu menunggu di luar…” Aku hanya mengganguk.

Seperti biasa, aku akan sentiasa menerima tetamu. Menjadi pengarah sesebuah hospital bukan senang. Klien, mesyuarat, kertas kerja, kajian semuanya seperti pasangan hidup 24 jam.

Tap!tap!tap! Bunyi tapak kaki menghala ke ruang pejabatku. aku segera melangsaikan kerja yang tertangguh di dalam fail hitamku. Pintuku diketuk. Tanpa mengangkat muka, aku mempelawa dia masuk. Seperti biasa, setiausahaku akan mengiringi tetamu sehingga ke ruang tamu pejabat. Tidak lama kemudian, kopi dihidangkan. Aku berasa bersalah membiarkan tetamu menunggu tapi aku mesti menyiapkan tugasan ini sebelum mesyuarat petang nanti.

Siap!! Aku merasa lega.Tetamu!! Ya..aku ada tetamu. Hampir sahaja aku terlupa dek kegembiraan menyiapkan tugasan yang sudah berhari-hari tertangguh. Ahh..barangkali sudah tua. Aku gelak sendiri. Aku bingkas bangun dari meja menuju ruang tamu pejabat.

“Assalammualaikum..maafkan saya. Hhmm..ada apa yang saya boleh bantu?” aku menawarkan senyuman manis agar si tetamu merasa senang dan kurang kekok.

“Waalaikumsalam..Mia?? “ Suara itu seakan-akan pernah ku dengar.

Aku kaku. Tiada kata yang mampu kuluahkan saat ini. Suara yang sudah lama aku rindukan. Suara yang pernah hilang sepi tanpa kata. Danny!! Its Danny!! I knew it..Its HIM!!

“Danny?? Awak Danny ke? “ Aku cuba menatapi wajah itu. Cuba mencari kepastian.

“Nope.I’m not. I’m sorry. Actually this is for you..” tangannya menghulurkan sekeping sampul surat. Senyuman terpamer di bibirnya. Mesra tapi penuh bermakna.

Aku terkejut. Bukan Danny?? Surat apa pulak ni? Pelbagai soalan menerpa ke mindaku. Serabut. Aku menerima satu sampul surat beserta seribu tanda tanya.

"Kenapa..?? suara..? muka awak...? " aku makin keliru.

"Saya..Daniel..Danny's twin.." dia senyum mesra.

TWINS??? aku makin serabut. Keliru. Tersentak. Aku seolah-olah sudah lupa bagaimana untuk senyum. Si tetamu akhirnya berlalu pergi meninggalkan ruang pejabat.


Aku masih begitu. Kaku.Bisu. Mataku hanya menatap sampul surat yang dari tadi masih belum terusik di atas meja. Siang sudah mula melabuhkan tirai dan malam merangkak tiba. Aku masih begitu. Tidak berganjak. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memberanikan diri untuk membuka sampul surat yang sudah hampir setengah hari kuterima.

*****

Assalammualaikum…Mia.
Sudah hampir 6 tahun kita tidak berjumpa. Masih lagi kah kau ingat padaku? Mungkin seharusnya aku memperkenalkan diriku. Aku Ahmad Danish Hakim Datuk Razali atau senang kau ingat dengan panggilan Danny. Seseorang yang pernah meninggalkan kau di pantai kosong bersendirian. Maafkan aku Mia. Bukan niatku untuk membiarkan kau di situ. Setelah seminggu peristiwa itu, aku terus bertolak ke Los Angeles bagi menerima rawatan lanjut. Sebelum ini aku selalu menolak untuk menerima rawatan kerana aku ingin menghabiskan sisa-sisa hidup tanpa dibebani ubat-ubatan. Tapi selepas aku bertemu kembali dengan kau, aku ingin bersama kau. Aku mencuba sedaya upaya mengubati penyakitku. Walau apapun caranya.


29 Ogos’95
kau ingat lagi tak? Mungkin kau tak sedar, sebenarnya kita sudah lama berjumpa. Sejak di Rumah Anak Yatim Seri Kenangan lagi. Sejak hari pertama kau datang ke ‘rumah kita’. Kau menangis tak henti-henti. Aku rasa sedih sangat kerana ada lagi seorang insan yang menerima nasib sepertiku. Walaupun aku masih punya ayah, ketiadaan mama memberikan aku kesan yang mendalam. Atas permintaanku, ayah membina Rumah Kenangan, agar aku tidak berasa sunyi. Dan di situ jugalah, aku bertemu dengan kau..MIA


29 Feb’96
Hari jadi kau. Aku selalu tergelak sendiri. Kau hanya menyambut hari jadi 4 tahun sekali.Kau selalu menangis gara-gara aku selalu mengutuk tarikh hari jadi kau. Dan pada hari yang sama, kau keluar meninggalkan ‘rumah kita’. Hadiah hari jadi kau..aku sertakan di dalam sampul surat ni.. Tak sempat nak bagi masa tu.. maaf laa tak berapa nak cantik sangat Budak-budak lagi masa tu.

Aku menyelak sampul surat. Sekeping kad hand-made. Hodoh. Aku tersenyum.Air mataku mula menitis hiba. Hatiku terasa pilu.Di atas kertas tertulis..

“Semoga cepat tinggi..hehe..dapat pegang semua bintang-bintang kat awan tu..”

Rupa-rupanya, dia masih ingat. Aku pernah berangan nak pegang bintang. Nak bawa bintang itu ke mana sahaja supaya aku tidak bersedih lagi. Aku boleh dikira sebagai antara yang terpendek semasa di Rumah Kenangan. Selalu sahaja aku digelakkan oleh Danny. Aku masih ingat.

“Kite nak jadi tinggi-tinggi. Dapat pegang bintang. Lepas itu, kite mesti dah xsedih lagi kan? Walaupun kite tak ada mak ayah. Sebab bintang cantik sangat..kite nk bawa bintang itu pergi mana-mana je..”

Aku terus membaca lagi.


29 Sept’97
Walaupun kau dah meninggalkan Rumah Anak Yatim Seri Kenangan, tapi kau masih datang untuk kelas seni. Suatu hari, tiba-tiba sahaja kau terjatuh di tangga sebab kau terlewat ke kelas seni. Lutut kau cedera teruk terkena serpihan kaca. Tapi kau tak menangis pun. Aku pelik. Bagi aku kau istimewa. Kau lain dari budak-budak perempuan yang lain. Aku terus membawa kau ke bilik rawatan. Itulah hari pertama aku tahu nama kau, Mia. Nama yang kini terpahat kukuh di mindaku.


29 Jun’06
tarikh yang kupilih, untuk meluahkan rasa yang sudah lama terpendam. Aku memang ada menyimpan perasaan terhadap kau. Ingat lagi peristiwa Tasya dan tahi ayam tu? Tasya merosakkan rancanganku. Aku sengaja membawa kau ke pantai. Kau suka pantai kan?? Hhmm..tapi, aku hanya merancang. Tetapi Tuhan yang menentukan. Penyakitku menyerang. Kerana sakit yang terlampau, berlalu pergi. Aku tidak mahu kau melihat aku dalam keadaanku sebegitu.


29 Nov’08
Aku menjalani pembedahan di LA. Tumor yang kini semakin membesar di bahagian kiri otakku mula merebak ke dalam saraf mata. Menurut doktor, peratus kejayaan pembedahan hanya dalam 5 peratus sahaja. Aku pasrah. Berdebar-berdebar rasanya. Pembedahan akan mengambil masa dalam 10 jam. Aku benar-benar pasrah.


29 Jan’09
aku baru sahaja tersedar. Selepas dari pembedahan aku koma selama dua bulan. Aku terlantar di atas katil hospital tanpa sedar. Bagaimana keputusan pembedahan?? Berjaya ke?? Aku bingung.


29 Mac’10
Tahniah!! Hari ini kau dapat segulung ijazah. Kau berjaya harungi kehidupan seorang mahasiwa. Dari jauh kulihat kau tersenyum. Ceria. Senyuman kau kadangkala membuatkan aku lupa tentang penyakit yang aku hidapi. Aku bahagia. Aku akan terus mendoakan kejayaan kau. Sampai bila-bila..


29 feb ’12, HARI INI..
Happy birthday!! Aku tak ada hadiah nak bagi Cuma aku memohon seribu kemaafan di atas semua kesilapanku. Aku pasti, di ketika kau membaca surat ini. Aku sudah tiada. Tapi, aku tetap mahu meluahkan rasa sayangku padamu. Setelah sekian lama terpendam baru kini dapat aku luahkan. Aku benar-benar menyayangimu. Sejak kau tiba di ‘rumah kita’ aku sudah mula suka pada kau. Sejak kau pindah ke sekolah menengahku, aku sudah lama menyayangimu. Dan sejak aku melihat kau menerima segulung ijazahmu, aku sudahpun mencintaimu. Tapi, aku tahu, waktu buatku singkat. Sekiranya ada peluang kedua buatku…

Air mataku kini mengalir deras. Tidak tertahan rasanya. Danny selalu bersamaku tanpa aku sedari. Konvokesyen..’rumah kita’ …Danny sentiasa ada. Patutlah aku tidak pernah merasa bahawa dia jauh. Ku belek sampul surat tadi. Di dalamnya terdapat sebatang pensel yang terukir sesuatu. Aku meneliti ukiran di atasnya. Air mataku menitis lagi.

“MIA & DANNY”
*****

4 comments:

  1. huhuhuhuhu..sweetnya cita,fi....tp sedey...sob2...
    yg x bley bla..5 usaha? hua3.. 5 iltizam xda ka?
    hahaha..

    ReplyDelete
  2. ano : haha..kelas ak yg bes..iltizam senyap gylak.. xbleyh laa.. xkenak ngn cta~~ :p

    ReplyDelete