Sunday, 18 April 2010

~~cerita kita~~

“Aina…?” Tangan Cikgu Hayati singgah di bahu Aina. Lembut.Mesra.

“Aina? Cikgu nak Aina jumpa seseorang..” Cikgu Hayati menyambung lagi.

Dihadapan Aina berdirinya sepasang suami isteri. Terpancar sinar bahagia di mata mereka. Aina hanya tersenyum. Aina yang dulunya suka bersendirian dan bermasam muka kini berbeza. Di Rumah Kenangan ini, Aina adalah antara anak-anak yang paling disenangi. Senyuman Aina mampu membangkitkan suasana ceria di setiap pelosok. Aina tidak pernah lokek memberi senyuman. Manis.

“Ini Encik Kamarul dan ini Puan Hasnah”, Cikgu Hayati memperkenalkan sosok tubuh di hadapan Aina.

“Ini Aina. Anak yang saya baru sebutkan tadi” Cikgu Hayati meneruskan bicaranya.

Aina segera menghulurkan tangan bersalaman. Anak-anak disini semuanya dilatih agar menghormati orang tua. Lebih-lebih lagi tetamu. AIna selalu ingat pesan Cikgu Hayati. Cikgu Hayati ibarat ibu bagi semua anak-anak di sini.

“Aina? Nak tak datang rumah auntie? Kita berbuka sama-sama? Nak tak? “ Puan Hasnah mula bersuara.

Aina menoleh Cikgu Hayati. Riak wajahnya seperti ingin bertanyakan sesuatu. Aina pelik. Kenapa Puan Hasnah hanya mengajaknya untuk berbuka bersama? Kebiasaannya, kalau ada majlis berbuka puasa, pastinya seluruh Rumah Kenangan akan turut bersama. Tapi, kali ini tidak.

“Aina seorang ke?” soalan itu membuatkan Puan Hasnah sedikit tersentak.

“Aina nak ajak siapa lagi? Kalau dua tiga orang boleh agaknya..maklumlah rumah auntie takde lah besar sangat. Lagi pulak, kereta uncle muat untuk lima orang saja. Aina, Cikgu Hayati, Uncle, Auntie..dan??”, jarinya yang menunding ke arah kereta Honda Civic di luar tadi kini dikiranya hingga genap angka lima.

Aina terdiam.

“AYIEL!!!”, suara Aina akhirnya kedengaran setelah lama mendiamkan diri.

“Ayiel??” Puan Hasnah dan Encik Kamarul saling berpandangan.

Cikgu Hayati hanya tersenyum.

“Ayiel dan Aina..memang tak boleh berpisah.” Getus hati kecil Cikgu Hayati disulami tawa kecil.

Aina segera berlari ke arah taman. Aina pasti Ayiel ada di situ. Di situlah tempat Aina dan Ayiel selalu bermain, berseloroh, dan memasang angan-angan bersama. Ayiel tersenyum lebar sebaik sahaja kelibat Aina muncul di matanya.

“Ayiel? Nak ikut kita tak?? Berbuka puasa kat rumah Puan Hasnah. Jom lah!! “

Belum sempat pun Ayiel menjawab pertanyaan itu, tangan Ayiel ditarik menuju ke ruang kelas di mana Puan Hasnah dan Encik Kamarul berada.

Setibanya di ruang kelas, Aina pantas memperkenalkan Ayiel kepada Puan Hasnah dan Encik Kamarul. Pasangan suami isteri tersebut hanya tersenyum. Aina tersenyum gembira. Mereka kemudiannya bergerak menuju ke arah kereta dan terus ke rumah Puan Hasnah. Aina dan Ayiel masing-masing cuba membayangkan bagaimana agaknya bentuk rumah Puan Hasnah. Banglo??

******

“Wow!!!” Ayiel dan Aina sama-sama terpegun melihat rumah Puan Hasnah. Besar.Cantik.

Mulut kedua mereka ternganga. Mana pernah mereka menjejakkan kaki ke rumah semewah ini. Cikgu Hayati juga terpesona. Hiasan taman di luar sahaja sudah begitu mengasyikkan. Sentuhan gaya Bali benar-benar menggamit mata yang memandang. Air terjun buatan sekaligus melengkapi keanggunan taman ini. Terdapat sebuah titian kayu istimewa yang mengunjur terus ke dalam taman. Di hujung kiri taman, terdapat sebuah kolam air panas yang berkeluasan kira-kira 10 meter persegi. Menurut Puan Hasnah, dia memang berminat dalam kursus hiasan taman. Katanya, taman yang indah menenangkan jiwa yang menatapnya. Cikgu Hayati mengangguk bersetuju dengan pendapat Puan Hasnah.

“Taman yang indah bak mekaran bungaan jiwa dek ketenangan yang mendodoikan..”, Puan Hasnah mengeluarkan beberapa bait puisi.

Ayiel dan Aina geli hati melihat Puan Hasnah berpuisi.Gayanya mengalahkan sasterawan Negara, Dato’ A.Samad Said.Kami tenggelam dalam keindahan taman rekaan Puan Hasnah. Benar-benar mempersonakan.Kami lagaknya seperti sedang menatap Taman Tergantung pada Era Babylon dahulu.Indah sekali.

Azan Maghrib yang berkumandang menyedarkan kami. Waktu Berbuka!! Puan Hasnah menjemput kami ke ruangan makan. Ruangan makan rumah Puan Hasnah tidak kurang hebatnya. Dihiasi dengan gaya ala-ala ruang makan diraja zaman Inggeris dahulukala. Sungguh mempersonakan. Ayiel dan Aina yang tadinya berlari-lari ke ruang makan kini masing-masing ternganga. Terpegun. Bukan sahaja taman, namun hiasan dalaman di rumah tersebut juga mempersonakan. Ayiel dan Aina saling berpandangan.

“Aina?? Ni rumah ke istana? “

“Entahlah..istana lah kot..cantiknya!!! kan??” Aina masih lagi ternganga.

“ Besarnya!!” Ayiel membalas lagi.

“Aah..besar sangat..”

“Aina..? Bukan rumah tapi mulut awak besar sangat..nanti tak pasal-pasal kena mop lantai pulak, kan Puan Hasnah?,” Ayiel gelak besar.

“Ayiel!!!, “ Aina mencubit lengan Ayiel sekuat hati. Seisi rumah tergelak melihat gelagat mereka berdua.

Cikgu Hayati dan Puan Hasnah berbalas senyuman seakan mengerti keakraban dua sahabat itu.

“Dahlah tu..tak nak makan ke? Hari ini semua Puan Hasnah yang masak. Special kan? Saya pun jarang dapat rasa masakan Puan Hasnah ni..Nampak macam sedap je!! ,” Encik Kamarul tiba-tiba muncul entah dari mana sambil mengambil bau makanan yang terhidang.

Encik Kamarul tersenyum lagi.


*****


“Mohd Shahril bin Safrul? “

Giliran aku sudah tiba. Setiausaha tadi kelihatan mencari-cari pemilik nama yang baru disebutnya tadi. Aku pantas mengangkat tangan member isyarat bahawa aku hadir. Masakan aku sanggup melepaskan peluang keemasan ini. Aku memang mengidam untuk bekerja di sini. Bukan hanya kerana tawaran gajinya yang agak menarik tetapi juga kerana Aina. Aina dan aku selalu berangan-angan agar suatu hari nanti, salah seorang dari kami berpeluang bekerja di sini. Tetapi tujuan utamaku adalah untuk mencari Aina. Sudah lebih 10 tahun aku tidak bertemu Aina.

“Encik?? “

Aku dijemput masuk ke ruang temuduga. Aku masuk dengan penuh keyakinan. Walaupun ini baru kali kedua aku menghadiri sesi temuduga, aku cuba berlagak tenang.

Kali pertama aku menghadiri temuduga semasa temuduga biasiswa Lanjutan Pelajaran ke Luar Negara, aku terlalu gementar sehinggakan aku hampir-hampir menyebabkan seluruh pejabat MARA tunggang-langgang. Mana tidaknya, sebelum masuk ke pejabat utama lagi, aku sudah tersepak satu vas bunga di lobi pendaftaran. Hancur berderai. Semua orang menoleh ke arahku. Malunya tidak terkata.Bukan itu sahaja, kemudian setibanya di ruang temuduga, aku tertumpah secawan kopi ke atas baju salah seorang staff wanita yang bertugas. Ya Allah. Aku memang jadi bahan perbualan sepanjang sesi temuduga berjalan. Walaupun sudah beberapa tahun berlalu, peristiwa itu tetap akan ku ingat sentiasa.

Kali ini aku akan pastikan agar kisah silam tidak berulang lagi. Aku mengetuk pintu meminta keizinan untuk masuk. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, aku memberi salam. Sebelum datang ke temuduga, aku sempat mengGOOGLE beberapa prosedur temuduga. Lagakku seperti sudah biasa menghadiri temuduga. Semua teratur seperti prosedur temuduga yang kubaca tadi. Aku agak tersentak bila salamku dijawab. Suara seorang wanita. Jangkaanku sebelum ini ternyata jauh meleset. Hebat. Seorang wanita mampu menjadi orang besar dalam bidang pentadbiran pusat perubatan terbaik di Malaysia.

Aku kagum.

Aku dipersilakan duduk.. Aku menunggu hampir 15 minit.

“Jadi orang atasan pun sibuk, apatah lagi orang bawahan. Patutlah hospital ini menjadi antara hospital terbaik di Malaysia,” Aku bermonolog sendiri.

Andai kata aku diterima bekerja di sini, aku pasti aku akan bekerja bersungguh-sungguh. Mana tahu suatu hari nanti, ruang pejabat ini menjadi milikku. Aku mula memasan angan-angan. Aku tertawa kecil.

“Lama menunggu? “ suara itu mematikan lamunanku. Aku hanya tersenyum.

“Can we start our interview now?” katanya sambil membelek-belek failnya.

"Yeah, sure!!" jawabku penuh yakin.

******

No comments:

Post a Comment