“Oiii?? Ko watpe ha kat sini? Blah la lu…” gertak Sam mencengkak pinggang.
“Aah…sorry laa bro. Gua tertidur laa..” aku berlalu tanpa banyak bicara.
Sam memang biasa dilihat sekitar Chow Kit. Dengar kata, ini kawasan dia.Sam memang terkenal dengan sikapnya yang panas baran. Sam orang bawahan Jimmy, taikun besar KL. Apa yang tidak dia niagakan? Dadah, estacy, cetak rompak, pil kuda..apa-apa sahaja jadi habuannya. Pastinya taikun besar seperti Jimmy mempunyai kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur. Wanita dan arak, hiasan malam hari mereka. Namun yang pasti, aku tidak pernah melihat Jimmy, hanya mendengar dari Rocky. Donny, bos Rocky merupakan musuh ketat Jimmy ,taikun yang sememangnya digeruni di Malaysia. Donny Raja Taikun.
Gerak kakiku lemah. Entah kemana arah tujuanku. Baru sahaja malam tadi aku dihalau keluar dari rumah sewa kerana sudah hampir 6 bulan aku tidak membayar sewa rumah. Itupun aku diminta membayar RM300 sebagai gantirugi. Kalau hendak difikirkan, mana mungkin seorang yang pernah bergelar doktor seperti aku hidup berkeliaran sebegini. Sudah hampir 3 tahun aku menganggur. Aku juga sudah lupa bagaimana suasana di bilik bedah. Scalpel?? Ahh....lupakan!!
Thursday, 19 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment