“Awak nak jadi apa dah besar nanti…?”
Tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul dari mulut Aina.
Aina sahabat Ayiel sejak berusia 7 tahun. Ayiel dan Aina sama-sama dibesarkan di Rumah Anak Yatim Seri Kayangan. Aina baru sahaja tinggal di sini. Baru masuk 2 tahun. Rumah ini memang sudah serasi dengan Ayiel. Dia membesar di sini sejak dilahirkan.
“Ayiel? Mak dan ayah Ayiel pergi ke tempat yang jauh sangat. Nanti bila tiba masanya, Ayiel boleh laa jumpa mak dan ayah. Dorang sayang sangat kat Ayiel. Ayiel anak yang baik. C0mel plak tu..jangan nangis ye sayang? “pujuk Cikgu Hayati.
Ayiel memang selalu menangis dan merengek. Hanya Cikgu Hayati yang mampu melayan kerenahnya. Pernah suatu ketika, Ayiel merengek tidak mahu melepaskan pelukan Cikgu Hayati. Akhirnya, Cikgu Hayati terpaksa menemaninya sehingga terlena.
“Hmm..kite nak jadi pelakon. P0pular boleh masuk tv. Banyak duit tau? Nanti boleh laa kite cari mak dan ayah kite. Mak dan ayah awak jugak. Kan best?? “, Ayiel mula bergaya lagak artis sambil tersenyum menampakkan giginya yang rongak.
“Gigi rongak, ade hati nak jadi pelakon??” ,tawa Aina meletus. Geli hati.
“Eleh!! rongak-rongak pun hensem jugak tau??”, Ayiel mengangkat kening.
“Ahh..mana ade artis rongak macam awak? “, Aina mencebik.
Aina memang suka mengutuk Ayiel. Ayiel, satu-satunya teman suka duka Aina di rumah anak yatim ini. Pada hari pertama sampai di Rumah Anak Yatim Seri Kenangan, Aina tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Dia lebih suka bersendirian di ceruk-ceruk taman. Ayiel pula jenis suka mengusik. Aina tidak terkecuali. Aina sering diusik. Aina pernah diusik teruk oleh Ayiel. Ayiel sengaja meletakkan gam pada rambut Aina.Seharian Aina menangis dan merajuk tidak mahu makan. Keesokkannya, Aina jatuh sakit. Cikgu Hayati bergegas ke ruang rehat Selasih sejurus mendapat berita dari Laila.
“Cikgu!! Aina pengsan!! Cepat-cepat!!! dia tak nak bangun..”, ucap Laila teresak-esak.
Wajah Aina pucat. Pantas Cikgu Hayati membuat panggilan kecemasan. Aina harus segera dibawa ke hospital. Semua kanak-kanak lain terpaku. Mak Mah, tukang masak rumah anak yatim, membantu mengawal suasana. Anak-anak lain diarahkan pulang ke bilik masing-masing.
Aina tidak dibenarkan pulang ke rumah sebelum keadaannya benar-benar stabil. Ayiel berasa sunyi. Biasanya ada sahaja rancangannya untuk mengusik Aina. Tapi jauh di sudut hatinya, dia berasa bersalah. Kerana usikannya yang melampau, Aina jatuh sakit dan terpaksa ditahan di hospital selama sebulan. Tapi kini, Aina dan Ayiel umpama belangkas. Di mana ada Ayiel, di situ ada Aina.
Saturday, 21 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment